28 August 2010

pergi ke bank..........

Seawal 9 pagi aku da mengadap pintu depan Bank Islam dengan harapan boleh masuk cepat. Bila aku tengok masa beroperasi " Waktu operasi : 9.30 - 4.30". Oh tuhan, hamba Mu ini telah terlalu awal dan mensia-siakan waktu tidur nya. Ampuni la diri nya. Adoi la, nie membe aku punya pasal la nie. Beria-ia cakap bank tu bukak awal. Bila aku tanya dia kat mana, boleh plak jawab kat dalam bank. Sah2 nak kelentong aku la tu. xdapat der... naseb baik cina, xde la batal pose. (menipu pun boleh batalkan pose ke? Wah3..! haha. )  Aku dengan ayu nya berdiri menunggu sambil mendengar lagu raya melalui mp3 kesayangan.

10 minit pastu baru mangkuk tu menjelma, aishh.. sakit je hati aku, tapi kena sabar dalam bulan pose nie, kalau bukan bulan pose da lama jalan pergi KFC. hehe..  Lepas tu kena tunggu lagi.  Tiba2 sorang mak cik nie tanya aku..

" Nak, macamane ye nak masuk kan cek?" Aku da gelabah, mane la aku taw.

Dan serentak dengan itu pintu bank tu ter'open', dengan konfiden dan yakin nya aku menjawab " Makcik ley tanya pada security tu ye.." Fuh, selamat. Kalau x kantoi la aku x cukup power dalam selok-belok pembankkan. ahakss..
ni la mesin untuk cek... Ceh..!
Aku and the geng masuk ke dalam bank dengan perasaan berkobar2.( Panas hati sebenarnya). Nasib baik dapat nombor awal. Dengan bongkak nya kitorang ke kaunter untuk keluar kan duit yang bernilai RM.......... (mane boleh bagi taw korang2, nanti nak suh aku belanja plak.. haha) tapi x berjalan lancar kerana kitorang x isi borang keluar wang tunai. Ceit..

Dengan perasaan teruja coz dapat pegang duit banyak, akhir nya aku di kecewa kan...

" ku sangkakan panas sampai ke petang, rupanya hujan di tengahari"

Yela, duit tu bukan untuk aku. Kena masukkan dalam akaun pakcik membe aku nie. Sia-sia je harapan aku yang setinggi gunung untuk berjoli sakan untuk raya nie. hukhuk..

mesin yang telan duit korang. hukhuk.

Lepas settle semua tu, baru kitorang perasan yang kitorang2 ni da terponteng kelas. Kepada pensyarah2 kitorang..

" Maap kan la kami ye, kami tersengaja ponteng kelas.. hee~~"

Tanpa ke kelas tercinta, kitorang pun balik bilik masing2 dan masa ni la aku tulis blog ni. haha... Adios..

p/s : Korang jangan la tersengaja terponteng kelas ni. X baik la korang2. Kitorang ni lain la, ad kes emergency, hanya Tuhan je yang taw. hehe..

3 comments:

d@y@h5068 said...

hahahaha....dpat aq komen ko pki ID sndri....haha

che Zt said...

haha... anda agak sengal ye, ad blog tp m'lupakan nye.. btw,maju la sukan utk negara.. haha

d@y@h5068 said...

agk sengal kn?klakr plak bile jd cmni....aiyooo...